Wednesday, January 6, 2010

SARJANI AGRO SHOP - Pusat Jualan dan Pusat Pentadbiran 2010 (Era Baru)
























Pada 01.01.10 Sarjani Agro Shop telah dinaiktaraf bagi tujuan keselesaan staf dan pengguna. Bilik pengurus besar yang lengkap dengan karpet dan meja tetamu turut disediakan bagi memudahkan sebarang perbincangan dengan lebih selesa dan privacy. Produk - produk asas tani seperti makanan ternakan lembu,kambing,ikan dan lain-lain turut dipelbagai disamping menambahbaik kualiti pembungkusan baja dan produk E.M.

Baja Organik Mas Hitam telah dinaiktaraf pembungkusannya dengan menggunakan guni yang lebih tebal dan menarik agar pengguna selesa ketika mengangkut ke destinasi pembajaan tanpa risau terkena habuk atau hujan. Produk E.M boleh digunakan didalam rumah untuk menghilangkan bau hapak atau bau kurang selesa di dapur, tandas atau longkang.

Produk seperti Mudball digunakan untuk kolam "subtank najis" agar air yang dipam keluar tidak berbau dan mengurangkan keladak di kolam tersebut. Produk-produk ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci di kolum produk di blog ini. Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah Binti Sarjani = 0167116837 / No Tel & Fax = 07-4850094

Agen atau stokis yang berminat boleh datang terus ke Pusat Jualan dan Pejabat Urusan di Sarjani Agro Shop beralamat PW29, NO20, Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.


Tuesday, January 5, 2010

SARJANI AGRO SHOP - Pusat Jualan dan Pusat Pentadbiran 2009











Sarjani Agro Shop merupakan pusat jualan "finished product" dan pejabat urusan rasmi yang berada di Jalan Utama Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Kedudukan yang strategik ini memudahkan pengguna untuk datang ke Sarjani Agro Shop untuk membeli keperluan pertanian dan ternakan. Kedai yang mempunyai lesen dari Majlis Daerah Yong Peng ini mula beroperasi pada 01.01.2009 dan telah dikunjungi lebih dari 5000 orang. Terdapat pelbagai produk-produk pertanian dan ternakan yang ade dijual disini. Produk pertanian seperti ;

1. Effektif Mikro jenama E.M1, BMO, JM21, e-MAS.
2. Bokasi Ikan.
3. Mudball
4. Bokashi Sampah (bio-recyle garbage) - digunakan untuk membuat baja sendiri.
5. Baja Organik Mas Hitam peket 1kg (jenis serbuk dan Palet)
6. Baja Organik Mas Hitam guni 25kg(jenis serbuk dan Palet)
7. E.M-5
8. Lain-lain produk berasakan tenologi mikrob
9. Pelbagai jenis dedak lembu,kambing,ikan,ayam,itik.
10. Guni terpakai.
11. Tanah organik.
12. Sabut kelapa.
13. Lain-lain alatan pertanian.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Sarjani : Cik Nurhidayah Binti Sarjani 016-7116837 / tel & fax 07-4850094

Monday, January 4, 2010

Usahawan Muda Jaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia - Kategori Poster Terbaik




Pada tahun 2008, Sarjani Enterprise telah mendapat tempat dalam pertandingan poster yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Acara berprestij ini telah dianjurkan disebuah hotel ternama di Melaka. Majlis yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani 2008 Datuk Seri Mustapa bin Mohamed. Majlis yang dihadiri oleh tokoh-tokoh usahawan pertanian dan penternak jaya selain dif-dif kehormat turut sama meluangkan masa untuk berkenalan dengan para usahawan asas tani. Usahawan yang telah dibantu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar setiap daerah akan diketengahkan dengan pelbagai bantuan dan khidmat nasihat agar berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa. Sarjani Enterprise merupakan salah sebuah syarikat yang masih baharu dan telah mendapat pujian dari Datuk Seri Mustapa bin Mohamed. Insyaallah dengan sokongan dari agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pertanian boleh meningkatkan lagi kualiti industri pertanian dan asas tani dimasa hadapan.

Baja Organik Mas Hitam - Siaran Berita TV3 secara Exklusif




Baja Organik Mas Hitam keluaran Sarjani Enterprise telah ditayangkan didalam berita TV3 jam 1.30 tengah hari. Siaran secara exklusif ini telah memberikan impak yang cukup hebat dalam industri asas tani terutamanya dalam bidang pembuatan baja organik secara komersial. Kesan daripada siaran tersebut, ia telah membuka minda masyarakat terhadap penggunaan baja organik secara berterusan tanpa menggunakan baja kimia atau sebatian. Baja yang telah diadun dengan fomulasi khusus bagi mendapatkan kesan yang cepat dan efficien terhadap semua jenis tanaman dari rumput karpet sehinggalah kelapa sawit dan getah. Baja Organik Berbakteria Mas Hitam telah dipatenkan dan ditrademark agar tidak diciplak oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Baja yang tidak berbau, tidak dicampur pasir atau tanah menjadikan ia pilihan no.1 dinegeri Johor terutama sambutan yang sangat menggalakkan ketika di pameran atau expo pertanian. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Cik Nurhidayah Sarjani di talian 016-7116837. Agen dan stokis yang berminat boleh datang terus ke Parit Warijo, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.