Tuesday, May 4, 2010

Terima Kasih kepada pelanggan setia kami - Wak Misiran....



Pada petang 22.03.2010 selepas hujan lebat di Sri Medan. Seorang pelanggan kami telah datang ke kedai Sarjani Agro Shop untuk membeli baja. Dengan menaiki motorsikal usangnya dia pun menyapa dan bertanyakan tentang baja yang ingin dibelinya.. Sewaktu itu kedai dijaga oleh pekerja Sarjani Agro Shop yang baru, dengan perasaan was-was dia pun bertanya berapa yang pelanggan itu ingin beli.. Wak berkata beliau ingin 20 guni baja palet.. pekerja kami pon bertanya lebih lanjut benarkan Wak mahu beli sebanyak itu? (pekerja beranggapan dengan keadaan orang tua ini yang terketar-ketar tangannya bersama motor usangnya, masakan orang ini ada wang sebanyak RM700.00). Rupa-rupa Wak ini benar-benar mahu membelinya.. dikeluarkan bungkusan plastik yang diikan kemas dengan getah terdapat sekepal duit bernilai lebih dari RM700.00.. punyalah terkejut dengan perkara tersebut.. dia terus membuat bil dan delivery order kepada Wak tersebut.. penghantaran dilakukan pagi esoknya oleh dreber lori kami.. Gambar ini ditangkap sejurus selepas penghantaran dilakukan untuk mengetahui siapakah pembeli kami.. rupa-rupanya Wak Misiran.. (Orang tua ni memang suka berkebun)


MORAL = Jangan sesekali memandang rendah kepada pelanggan... Kerana dalam poketnya kita tak tahu berapa banyak duitnya.. haha

No comments: