Tuesday, November 2, 2010

Membekal Baja Mas Hitam ke Ladang Orkid Komersial Mr. Woon.


Pada 22.07.10 yang lepas, Syarikat Sarjani telah membekal sebanyak 160 guni Baja Organik Mas Hitam kepada salah seorang pelanggan kami iaitu Mr. Woon. Mr. Woon adalah seorang pengusaha ladang orkid komersial di daerah Seremban. Pokok bunga orkid yang ditanam akan dipasarkan di seluruh kawasan Lembah Klang. Bunga orkid akan dieksport ke Singapura manakala pokok pula akan dijual ke pelanggan tetap seperti hotel, kelab golf, projek landskap dan pelanggan persendirian. Produk Baja Organik Mas Hitam merupakan baja utama didalam projek orkid komersial Mr. Woon di Seremban.

Syarikat Sarjani juga sedia berkerjasama dengan mana-mana pelanggan yang sedang berusaha untuk mengkomersialkan projek tanaman orkid secara komersial. Orkid tidak boleh menggunakan baja kimia secara 100% kerana ia akan menyebabkan hasil yang tidak konsisten dan saiz bunga tidak mampu mencecah saiz XL. Saiz yang akan menentukan harga bagi bunga-bunga orkid untuk pasaran eksport. Penggunaan baja organic telah terbukti mampu mengoptimumkan pengeluaran orkid secara konsisten. Lebih-lebih lagi permintaan yang sangat tinggi di pasaran luar Negara. Syarikat Sarjani turut membekal Baja Mas Hitam di kebanyakan jabatan landskap seluruh negeri Johor.

No comments: