Thursday, March 11, 2010

Pameran Usahawan Parlimen Parit Sulong Bersama Y.Bhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah (TKSU - Perancangan)


r





Pada 21.02.2010 yang lalu, sebuah pameran usahawan tani telah diadakan di kawasan Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat. Lebih 40 orang usahawan tani dijemput hadir untuk menerima geran pembungkusan produk dan penjenamaan.

Syarikat Sarjani Enterprise telah dijemput untuk bersama - sama mempamerkan produk agro kepada para usahawan tani lain. Yang Berhormat Dato' Noraini Binti Ahmad telah perkenalkan Usahawan Siswazah Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya Negeri Johor, Mohd Aliff Bin Sarjani kepada Y.Bhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah selaku TKSU bahagian unit perancangan agar dapat memberikan peluang terhadap usahawan siswazah memperkembangkan lagi perniagaan ke peringkat global.

Beliau turut mengucapkan tahniah keatas kejayaan pengurus besar Sarjani Enterprise diatas penganugerahan tersebut. Pengurus turut berbesar hati kerana di beri peluang oleh Yang Berhormat Dato' Noraini Binti Ahmad untuk berkenalan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Unit agar dapat mengembangkan lagi jaringan perniagaan ke peringkat lebih jauh.

Insyaallah, Syarikat Sarjani Enterprise akan berusaha menjadi sebuah syarikat bumiputera yang lebih menekankan tentang aspek - aspek penggeluaran produk asas tani yang mesra alam tanpa penggunaan bahan kimia dengan harga yang kompetitif. Bersesuaian dengan moto Syarikat Sarjani Enterprise "Berkualiti, Berkesan dan Berpatutan"

2 comments:

kumu said...

hebat mu rib..tahniah!

Pengurus Besar said...

terima kasih kumu.. jemputla datang kalau lapang..