Thursday, October 7, 2010

Membekal Baja Organik Mas Hitam untuk Projek Pertanian Kelapa Mataq











Pada 02.09.10 Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd telah membekal Baja Organik Mas Hitam kepada seorang pengusaha kelapa mataq di kawasan Ulu Tiram, Johor Bahru. Objektif utama penggunaan Baja Mas Hitam ini adalah untuk menyuburkan tanah yang keras di kawasan berbukit, menggalakkan pengeluaran buah kelapa dan meningkatkan hasil pengeluaran. Penghantaran bekalan telah dipantau oleh pengarah syarikat, En. Mohd Aliff Bin Sarjani untuk mendapatkan gambaran sebenar berkenaan keadaan kelapa tersebut. Menurut pemerhatian, didapati kawasan berbukit tanah merah keras ini telah dijaga dengan baik, rumput telah diracun dan persekitan bersih dari rumput lalang.

Namun keadaan berbukit menyebabkan tanah kurang menyimpan air, ditambah pula dengan penggunaan baja kimia secara berterusan menyebabkan tanah tidak subur. Oleh itu, pengusaha digalakkan untuk menabur Baja Mas Hitam secara keliling sekitar 3 kaki dari kawasan pokok kelapa. Kesan dapat dilihat selepas 3-4 bulan dengan melihat pucuk-pucuk baru yang tumbuh hijau. Semoga projek pertanian seperti ini mendapat bantuan yang sewajarnya dari kerajaan melalui agensi jabatan seperti Jabatan Pertanian dimasa akan datang. Syarikat Sarjani (M) Sdn Bhd merupakan syarikat milik bumiputra sepenuhnya kini mampu menghasilkan pengeluaran baja sebanyak 80 tan sebulan. Sebarang tempahan dan pertanyaan berkaitan dengan bekalan baja sila hubungi Cik Nurhidayah = 016-7119837 begin_of_the_skype_highlighting              016-7119837      end_of_the_skype_highlighting atau Faks 07-4850094.

No comments: