Sunday, January 5, 2014

Projek : Membekal Baja Organik Mas Hitam ke Jabatan Pertanian Simpang Renggam.














Membekal Baja Organik Mas Hitam ke Jabatan Pertanian Simpang Renggam Daerah Kluang tahun 2013. Penggunaan baja organik yang berterusan telah terbukti memberikan kesan yang positif terhadap tanah dan tanaman. Kajian telah menunjukkan data hasil yang meningkat saban tahun melalui penggunaan mikrob baik dan bahan organik secara berkala. Permintaan terhadap produk makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang berasaskan penggunaan bahan organik telah berkembang terutamanya bagi memenuhi pasaran eksport ke Singapura. Tanaman seperti tebu umumnya menggunakan baja konvensional bagi mempercepatkan tumbesaran tanaman, namun hasil ujikaji oleh makmal menunjukkan terdapat kesan bahan kimia yang tinggi didalam tanaman tersebut menyebabkan barangan ditahan dari memasuki pasaran luar. Kemudian, petani menggunakan tinja ayam tanpa diproses menggunakan mikrob baik. Namun masih gagal untuk menepati piawai yang telah ditetapkan kerana tanaman tebu berbau kuat tinja ayam. Langkah terakhir yang disarankan adalah menggunakan bahan organik atau baja organik yang telah diperoses menggunakan teknologi bakteria baik dan telah dianalisa oleh makmal.

Antara kelebihan produk Baja Organik Mas Hitam adalah tidak berbau dan berair. Produk tidak berbau dan selamat digunakan meskipun didalam pejabat atau rumah yang berhawa dingin. Produk semakin mendapat tempat dikalangan kontraktor tanaman landskap kerana keistimewaan serta kesannya terhadap semua jenis t tanaman hiasan.


Pertanyaan serta tempahan (Sebutharga @ Quatation) :

Pejabat Sarjani (M) Sdn. Bhd.
PW28 : NO20, Parit Warijo,
Sri Medan, 83400 Batu Pahat, 
Johor Darul Takzim.

No Tel : 07-4850094
No Fax : 07-4850095
email : sarjanimalaysia@gmail.com
Website : www.sarjani-malaysia.com.my

U/P 1 : Nurhidayah Binti Sarjani
Whatsapps : 016-7119837

U/P 2 : Nurul Hidayah Binti Jamali
Whatsapps : 017-7811731 


No comments: